Wednesday, 26 August 2015

SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK PASIR PUTIH

Pusat Sumber SMK Taman Pasir Putih memulakan operasinya pada 1 Mac 2002, selepas pembukaan rasmi SMK Taman Pasir Putih (SMKTPP), 81700 Pasir Gudang,Johor pada 7 Januari 2002.Pusat Operasi Pusat SumberSekolah ini terletak di tingkat 3, blok A, dengan dua buah ruang utama iaitu bilik tayang dan perpustakaan. Bilik Tayang meliputi sebuah Bilik Am, dan Bilik Media sementara Perpustakaan pula meliputi sebuah bilik kerja dan satu ruangan IT.
PENGAWAS PUSAT SUMBER KETIKA LAWATAN KE AGRO FRUITS FARM  2015



Pada ketika itu, Pusat Sumber ini dikendalikan oleh seorangGuru Penyelaras Pusat Sumber, Puan Harani Binti Suleiman.Perlantikan pertama Pengawas Pusat Sumber dilakukan pada bulan Mei 2002 yang terdiri daripada 25 orang pelajar dari tingkatan 1, 2, dan 4.

Pada 12 Ogos 2005, Pusat Sumber SMK Taman Pasir Putih telah menukarkan nama kepada Pusat Sumber Bestari, SMK Pasir Putih.Kini, Pusat Sumber Bestari (PSB) ini di bawah penyelarasan Pn. Harani Binti Suleiman.Antara pencapaian terbaik PSB ialah:-


1.    Bilik Khas Terceria SMK Taman Pasir Putih                                      2004
2.    Pusat Sumber Cemerlang Luar Bandar ( Daerah Johor Bahru )      2005
3.    Pusat Sumber Cemerlang Bandar ( Daerah Pasir Gudang )              2007
4.    Johan Kajian Tindakan (Daerah Pasir Gudang)                                 2012
5.    Anugerah Perak Inovasi Pusat Sumber (Negeri Johor)                      2012
6.    Pusat Sumber Cemerlang Luar Bandar (Daerah Pasir Gudang )     2013
7.  Pengurusan Pusat Cemerlang ( 5 Bintang )                                         2014

LAWATAN KE GALERI SENI NEGERI JOHOR


    
DI MINI ZOO, AGRO FRUITS FARM DESARU
     
          MENAIKI PENGANGKUTAN DI AGRO FRUITS FARM

No comments:

Post a Comment